Isnin, 28 September 2009

Hari Keluarga Cholan

Kepada semua adik-beradik,

Hari Keluarga Cholan dah nak hampir tiba, ini ada beberapa makluman ok...

Tempat dan tarikh (hari) telah ditetapkan:-

1. Tarikh(Hari) : 28-30.11.2009 (Sabtu-Isnin) - sehari selepas Hari Raya Haji

2. Tempat : Air Papan, Mersing

Kalu nak tengok tempatnye, layari http://www.kalisguesthouse.com/

Pantai Air Papan lebih kurang 1 km dari chalet.

Dengar cerita Pak Mat akan datang dari Kuantan, boleh lah terus melalui Rompin-Endau-Air Papan, kalau tak tau tempat tunggu kat pantai air papan dulu, nnt kite orang call..

Mak De kata dari JB, Mak Ngah tumpang sekali, boleh lah ikut jalan Kota Tinggi-Mersing-Air Papan, tunggu abang kat bandar Mersing nnt kita pergi sama-sama ke Chalet...

Yang dari Kampung, ada 2 pilihan nak ikut Muazam atau Kluang, Kalu ikut Kluang boleh le saing, Cik Chin tunggu kat Air Hitam... Kalau nak ikut Muazam kene lah lalu Endau-Rompin.. bagi taulah nnt nak lalu mane... ok...

Untuk bayaran penginapan nnt sampai sana kita bayar, pilih la nk bilik ada air-con ke tak nak...
Yang ada Air-con RM120.00, yang biasa RM100.00 je..

Kita akan ambik semua bilik, ada 8 bilik, 2 blok rumah 2 tinggkat, 1 rumah ada 4 bilik, tiada ruang tamu.

Abang ada minta dia sediakan makan sekali, 2x sarapan, 2x makan malam (termasuk hari nak buat BBQ), 1x makan tengahari.

Kat chalet tu ada motor cramble, mountain bike dan 2 ekor kuda, tak tau le boleh tunggang ke tak, nanti boleh tanya sape yang nak.

T shirt yang akan kita pakai nanti masa hari keluarga.
Tengok le kat sebelah ye. Harga sepertimana berikut:

Lelaki - RM 37.00
Perempuan - RM 37.30
Kanak-kanak - RM 30.80

Harga t-shirt adalah bagi kedua-dua helai, perempuan mahal RM1.00 sebab lengan 3/4 panjang.

Dah tak boleh nak ubah-ubah lagi, kalau ada sape-sape lagi yang nak tambah topi ke, ape ke masih sempat lagi tapi uluq2 la...

Kos untuk makan : 2 x makan malam, 2 x tengahari, 2 x sarapan utk umur 12 tahun ke atas = RM 26.00

Bagi 6 - 11 tahun separuh harga.

BBQ RM10.00 bagi dewasa, separuh harga bg kanak-kanak (Ikan, udang, sotong dll bahan utk BBQ bawa sendiri) dia sediakan Nasi goreng Kampung, buah-buahan dan air, tempat BBQ akan disediakan.

Utk duit baju boleh lah masukkan ke Akaun Abg Muhsin utk bayaran.
NO. Akaun : CIMB 01030002189208.
Setelah duit dimasukkan sila SMS, Taip BAJU<>NAMA<>AMAUN RM<>TARIKH<>MASA dan htr ke sana.

tq...